Home > Info > Kecederaan Lutut Ketika Bersukan

Kecederaan Lutut Ketika Bersukan

          

            Pernah tak anda mengalami kesakitan apabila lutut anda berbunyi ‘pop!’ ketika bersukan?. Ini merupakan salah satu kecederaan lutut yang sering berlaku ketika bersukan aktiviti lasak atau ekstrem, tak kira pemain profesional atau tak. Kebanyakannya adalah golongan muda kerana peningkatan gelangang futsal, dewan badminton dan takraw serta banyak aktiviti lasak yang dianjurkan. Namun golongan tua juga tidak terkecuali.

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.

Ini termasuk ligamen krusiat anterior iaitu depan (ACL), ligamen Krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral media iaitu tengah (MCL), kompeks lateral posterior (PCL) dan menikus lateral dan media yang mana semuanya dikatogerikan sebagai penstabil lutut statik.

Bagi penstabil lutut dinamik pula ia adalah otot-otot yang terdapat disekeliling lutut yang berfungsi sebagai penstabil lutut. Terdapat banyak struktur di dalam lutut yang boleh mengalami kecederaan, namun yang paling kerap adalah pada ACL bagi mereka yang aktif bersukan. Walaupun terdapat ligamen iaitu tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi, tapi kecederaan atau kerosakan ACL perlu dirawat. ACL berfungsi sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan sendi lutut agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.

ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun menukar arah larian ketika berlari.

Kecederaan ACL berlaku sewaktu seseorang melakukan aktiviti sukan lazimnya secara non-contact. Contohnya berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba-tiba. Bagi keadaan putaran lutut ia berlaku akibat putaran berlebihan pada lutut ketika mengelecek dengan agak keras ketika bermain.

Sewaktu Lompatan juga boleh menyebabkan kecederaan ACL iaitu sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang. Ini menengangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau koyak. Namun kemalangan jalan raya juga boleh menyebabkan kecederaan yang sama atau lebih teruk.

Kajian menunjukkan perempuan adalah berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki, dan perbezaan juga pada ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot.

Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL wanita lebih berisiko untuk cedera. Namun teknik-teknik latihan tertentu boleh mengurangkan kecederaan ACL.

Antara tanda-tanda kecedaraan ACL

-Kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop!’ dari lutut berkenaan.

-Seterusnya terasa kesakitan yang amat sangat pada lutut diikuti bengkak dengan mendadak.

-Pada jangka tertentu kesakitan akan berkurang tetapi apabila gunakan semula lutut, seseorang itu akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah hendak tercabut.

-Kelihatan otot dikawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut normal, dianggarkan berlaku seminggu selepas kecederaan.

-Tanda-tanda termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, keaskiatan berkala dan ketidakselesaan pada lutut.

-Pembedahan segera diperlukan apabila lutut terkunci yang mana tidak dapat digerakkan atau diluruskan atau dibengkokkan kerana terasa seolah-olah tersangkut.

Bagi mengelakkan berlakunya kecederaan ACL ini adalah dengan sesi merengangkan otot sebelum bersukan, teknik latihan yang betul, dan sesi cooling down juga amat penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan asid-asid laktik yang terhasil ketika bersukan.

Categories: Info
  1. August 30, 2011 at 7:04 pm

    saya mempunyai kecederaan lutut ketika bermain bola sepak.waktu saya bermain,saya terhenti seketika kerana mengalami kesakitan lutut terutamanya di bahagian tengah.pada mulanya saya hanya beranggapan kecederaan yang saya alami hanaylah seketika memandangkan saya jarang bermain bola sepak.Tetapi malangnya kesakitan masih terasa apabila melakukan aktiviti lasak.Saya juga pernah merujuk pada 2 orang doktor pakar lutut tetapi respon yang saya dapat mempunyai berlainan pendapat.apabila saya melalkukan aktiviti seperti bermain futsal,lutut saya akan sakit dan membengkak.tolong bagi pendapat apa yang saya perlu lakukan.

    • November 13, 2011 at 2:23 am

      Jujur sy ckp..sy bkn orgr dlm bdang perubatan nih…sy pn mengalami kecederaan bhgian lutut….sy pn ad berjumpa doktor…kecederaan sy masih belum serius walaupun membengkak setiap kali wat xtvt lasak…nasihat yg saya dpt…rehat dahulu dr xtvt lasak…makan ubat yg diberi….mmg sy rehat btl dr wat xtvt lasak…alhamdulillah sekrg dh ok…tp kdg2 still terasa..walaupun x bengkak….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: