Home > Kembara > Istana Kellie

Istana Kellie

Bangunan Istana Kellie atau Kellie`s Castle destinasi ke-3 aku, selepas Gunung Peninjau dan Gua Tempurung bagi tahun ni. Walaupun dah kali ke-3 berkunjung di bangunan Istana Kellie ni, tapi masih lagi nak ke sana. Kali ni aku bertemankan 3 orang sahabat, iaitu En. ali, Ju dan Paeh. Dengan 2 buah yamaha 135LC, kurang 20 minit kami dah tercegat di depan kaunter tiket. Bayaran RM4.00 dikenakan sebelum memasuki kawasan istana kellie.

Selepas menyeberangi jambatan yang dibina, kami dapati ramai pelawat yang turut berkunjung ke sana. Bermula dengan melihat pokok yang menyerupai beruang seterusnya ke bilik penyimpanan arak. Bilik bawah tanah ni agak gelap, tapi aku masih boleh nampak apa yang ada kat dalam dengan bantuan cahaya daripada lubang udara yang dibuat. Boleh dikatakan tak panas keadaan bilik dibangunan kellie ni. Semua ruang mempunyai lubang udara, tambahan bangunan ni dibina dengan menggunakan bata tanah liat. Gambar diambil di setiap ruang. Menurut khabar angin dan cerita-cerita, sesiapa yang ‘Bertuah’ mungkin boleh bergambar bersama Smith atau anak-anaknya. Tapi semua gambar yang kami ambil tidak ‘bertuah’. Kami kemudian menaiki anak tangga yang membawa kami ke tingkat 2 bangunan. Keadaan dan bentuk bilik sama dengan bilik di bawah. Didinding tingkat 2 bangunan terdapat maklumat dan sejarah mengenai bangunan kellie ni.

Bangunan Istana Kellie ni dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. William Kellie Smith, menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. Tapi tak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926.

Kami ke tingkat 3, yang mana ruang terbuka yang dikatakan untuk dijadikan ruang santai, juga tak sempat disiapkan. Matahari semakin menegak di atas kepala kami. disebabkan ruang terbuka. Bahang panas memang terasa. Langkah dicepatkan ke tingkat paling atas. Jam menunjukkan pukul 12.53, kami turun dan melawat ke bahagian dapur yang sudah roboh. Kemudian ke kawasan terakhir iaitu rumah pengawal dan ruang untuk kuda.

Dengan menyeberangi jambatan, berakhirlah lawatan kami di bangunan kellie yang mana kekal ‘sedang dibina’ dan menjadi tarikan pengunjung kerana keunikan serta misterinya yang tersendiri. Jam 1.20, kami berangkat pulang dengan gambar dan kenangan bangunan kellie. Diharap En. Ali dan Ju berpuas hati dengan lawatan ni. (p/s:gambar sedang diteliti….mungkin smith sudi bergambar dengan kami..)

Categories: Kembara
  1. July 18, 2010 at 2:13 am

    nice info about kellie’s castle….lagi cantik kalau ditempekkan sekali gambar kt entri ni…..

    • July 20, 2010 at 9:41 am

      ok..thanks…

  2. July 18, 2010 at 6:05 am

    yeah..dh ada gambo,,,,satu kemajuan tu…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: