Home > Kembara > Gunung Peninjau

Gunung Peninjau

Gunung Peninjau ada yang memanggil gunung kecil yang mana terletak di Ulu Chepor, Chemor. Gunung Peninjau berada dalam Hutan Simpan Keledang Saiong menjadi sebahagian dari Banjaran Keledang. G. peninjau destinasi pertama aku bagi tahun 2010 ni. Selepas Xpdc berembun, aku dah mula minat nak terus mendaki gunung. G. peninjau adalah gunung ke-2 aku daki. Lepas ni tak tahu mana pulak. Trail G. Peninjau dah tak nampak macam laluan balak, mungkin kerana kaki gunung ni dah dijadikan kawasan perkelahan.

Kawasan ni tak jauh dari tol jelapang, lebih kurang 1km. Lengkap dengan kemudahan surau, chalet kayu, tandas dan kedai makan. Kali ni aku join Lafuma Malaysia  Adventure Group dari selangor, dan apip embi sebagai guide. Aku sampai seawal 9 pagi seperti yang dijanjikan. Tapi terpaksa menunggu pendaki yang tersilap jalan. Jam 11 pg, mereka sampai dan sesi bergambar dan berkenalan dimulakan.

Selepas semua selesai, kami mula menyusuri tepian jeram Sg. Ulu Chepor selama 30 minit sebelum melalui lintasan pertama. Sampai dilintasan pertama, kami berhenti sekejap menunggu pendaki yang ketinggalan di belakang. Sambil membuang 3, 4 ekor pacat yang dah lekat dikaki, aku berbual dengan pendaki lain. Dari situ aku tahu kebanyakan bukan pendaki baru. Dalam lebih kurang 20 pendaki, aku yang paling muda dan pendaki baru. Di situ juga kami bertemu dengan group yang diketuai oleh guide dari gopeng.

Lintasan pertama berhubung dengan lintasan ke-2 dengan laluan cerun. Dengan kecerunan 75-85 darjah, memang mencabar kekuatan kaki. Aku perlu berpaut pada pokok dan tali yang disediakan pada sesetengah tempat. Sebelum sampai ke Checkpoint permatang, aku terpaksa berhenti 2, 3 kali bagi menghilangkan kepenatan. Inilah beza antara pendaki baru dengan otai-otai gunung lain. Sampai di atas permatang, kami diminta mengisi air secukupnya, kerana ini merupakan lintasan air terjun terakhir. Permatang boleh memuatkan 30 orang untuk bermalam disitu. Group yang diketuai guide dari gopeng akan bermalam disitu dan akan mendaki ke puncak pagi esok. Setelah berehat selama 10 minit, pendakian diteruskan melalui denai yang agak senang dilalui kerana tidak bercerun. Tapi Laluan bercerun perlu dilalui selepas 5 minit dari permatang. Laluan tidak begitu sukar, namun tetap mencabar kerana ia merupakan laluan balak yang memakan masa agak lama. Setelah lama mendaki, kaki aku dah mula biasa dengan laluan bercerun. Langkah dicepatkan kerana hari semakin lewat. Kebanyakan otai lebih laju, aku yang berada dalam kumpulan otai agak ketinggalan diantara Kumpulan otai dan kumpulan kedua dibelakang aku. Jadi aku terpaksa mendaki berseorangan hingga kepuncak berpandukan ranting pokok yang dipatahkan.

Hati sedikit lega kerana sampai di satu peringkat, aku ternampak tanda ‘H.U.T everest’ yang menunjukkan pendakian hampir tamat. Laluan agak sukar dengan pokok berduri dan laluan yang kecil. Jam 3 aku sampai ke puncak yang ditanda dengan batu tanda dan beirut daripada asbestos. Pendaki kumpulan pertama yang sampai sedang berehat dan mengisi perut masing-masing. Aku juga tidak ketinggalan menikmati nasi bungkus yang dibawa sambil menghirup udara segar puncak peninjau. Dari puncak, aku dapat lihat pekan chemor dan g.korbu. Menurut apip, korbu adalah kedua tertinggi selepas g. tahan (7,186′) di semenanjung malaysia iaitu 7,162′.

Setelah semua pendaki sampai, kami mula bergerak turun. Lebih cepat dari mendaki tapi menguji lutut. Ketika turun, seorang pendaki kekejangan. Bekalan ubat dikeluarkan dan bantuan diberikan. Selesai itu, perjalanan diteruskan. Hari semakin gelap. Disebabkan laluan semakin gelap. Kumpulan hadapan tidak dapat mencari laluan untuk sampai ke lintasan. Semua agak cemas dan menunggu apip yang berada di belakang. Disebabkan hari semakin lewat dan headlamp tak dibawa, aku terpaksa meredah kegelapan dan sampai dilintasan pertama berseorangan. Berhenti mengisi air dilintasan, kumpulan yang aku tinggal tadi baru sampai. Kegelapan mula menyelubungi hutan lipur ulu chepor. Jam menunjukkan angka 6. Aku terpaksa meninggalkan kumpulan tadi dan mengikut seorang pendaki cina. Melalui jeram yang gelap memang sukar. Dengan jalan yang bercabang, menyebabkan aku dan pendaki cina tadi berpecah. Disebabkan kegelapan, aku memilih menyusuri tepian jeram. Sampai di tapak perkelahan ulu chepor, kerisauan hilang serta merta. kebanyakan pendaki sudah sampai. Aku menghilangkan penat seketika sambil minum dikedai tapak perkelahan. Sambil minum, aku berbual dengan pendaki wanita berbangsa perancis, yang mana agak fasih berbahasa malaysia. Azan kedengaran dari masjid berdekatan, aku meminta diri dan berangkat pulang. G. peninjau membuatkan aku ingin lagi mendaki. Aku harap gunung-gunung seterusnya akan menarik minat aku untuk terus mendaki.

Categories: Kembara
  1. July 18, 2010 at 5:47 am

    wei len kali, ajak la aku skali……

    • July 18, 2010 at 1:21 pm

      hahaha,,,msa ni ak bru nk menceburi bidng 2…klu ekot mmg byk..tmbh bln ni ngn bln depn…seblom posa..tp dh tgh study lg..tolak suma..

  2. November 12, 2011 at 2:20 pm

    try daki gunung datuk plak
    start dari awal sampai puncak, tegak je
    tak rilek pun
    datanglah blog sy

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: