Tips Memilih Raket Badminton

April 1, 2011 Leave a comment



           Yonex, Li-Ning, Gosen, Apacs, ProAce adalah antara jenama raket popular. Tapi Yonex dan Li-Ning antara yang termahal. Bagi yang baru dalam sukan badminton, memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, anda perlu membuat research terlebih dahulu.

 

Gaya Permainan

– Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff

-Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.

-Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.

 

Spesifikasi Raket

-Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible

-Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)

-Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″)

-Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)

-Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)

-Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long

-Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.

          Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:

Bahan : hanya raket carbon/graphite

Bentuk : Isometric

Berat : Medium(84-86g)

Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)

Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)

Fleksibiliti : Medium Stiff

Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas

          Jadi anda boleh senaraikan raket-raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ anda dapat pelbagai maklumat yang belum anda ketahui. Untuk kali pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, anda dapat meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan anda.

          Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Pernahkan anda mendengar ayat ini? “Berlatih sukan ialah mengulangi teknik asas yang membosankan berulangkali…”  Tiada jalan pintas, hanya rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi raket pertama membantu anda mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana anda lebih mengenali serta memahami raket anda.

Categories: Uncategorized

24 Hours

March 23, 2011 Leave a comment

        127 Hours…pernah tgk movie ni…ha..rugi x tgk…movie mengenai pengalaman pendaki iaitu Aron Ralston yg trperngkap di Robbers Roost, Utah selama 5 hari, ps2 dy potong tangan sndri dengn pisau lipat yg tumpul bg melepskn diri. Ditulis dan diarahkan oleh Danny Boyle berdasrkan kisah benar..mmg byk pengajaran…

         ok kt cn ak bkn nk cerita psl movie 2…tp pengalamn yg sma oleh seorg budak xdk keja nk wat time cuti…bila ak tgk  movie 127 hours 2 ak teringat kisah ni…tp x 127 jam la…24 jam ja…kisah ni berlku tahun 2009…

Jam 0330pm hari sabtu, Halim (bkn nama sebnar) menunggng motorsikl dgn beg berisi tuala, gula2, sebotol 100plus ngn baju sejuk…arah tujuan beliau adalah air terjun di kaki gunung 10km dri ipoh…xdk tujuan utama…dlm otak dy..”klu ramai org..ak x jd mandi..” (klu x mandi nk wat pa?)..Jam 0400pm, sampi ja..nmpk mmg rmi org…tujuan nk mandi td mmg xjd…dy prking motor. Sambil2 lepak ats motor..dy tgk kasut dy..dh ok..seluar?..mmg ok sgt…dlm otak dy “daki gunung jap! x sampai ats pn xpa..kul 6 ak turun la..” Jam0430 dy dh masuk kawasn hutan gunung 2…mmg dy dh 2 3 kali masuk…tp 2 la tuhan nk duga org yg x brfikir pnjng..jam04400pm dy terus ja msuk…kawsn air terjun dh jauh sgt…sampi s2 tempt…dy bernti…smbil buang pacat kat kaki…Jam0500…bru dy sedar…kwsn 2 x pernh dy jumpa…n dh byk kali lalu kwsn 2 td…”sah ak sesat!”….terklur dr mulut dy…smbil2 otak ligat berpikir cara klur…tgn bukak beg..air 100plus tggl separuh..gula2 ad 3 bijik…selongkar lg…jumpa bateri..(xdk guna klu bateri sja)…hp pn x bwk….dy bgun cuba lg cr jln klur…jam0600pm…disebbakn pokok besar ngn kwsn bukit…hutan dh makin gelap…dy blom putus asa….dlm otak dy “turun ja….jgn naik…lg naik lg jaoh..”. walaupn dy turun..tp blom jmpa jln yg dy biasa lalu…kwsn mendatar ja…dh x nmpak arah sebenr…

        Jam0700..hutan mmg dh gelap…angin makin kuat…ada tanda2 ujan nk turun…dy msih lg cr jln klur…wlupn gelap..terus jgk…”mesti cr air terjun..” baju dh basah dgn peluh…peluh berjalan n peluh panik…kwsn makin gelap….gedebuk! dy jatuh tersepak akar…smbil bgun mulut memaki hamun akar pokok 2….(salah sndri gelap2 jln jgk)…Jam 0800 ujan mula turun…”kena cr tmpt tdo dlu ni..” dlm gelap mlm 2…dy jumpa akar pokok besar yg agk tertutup….selamat!xdk semut..xdk bntg len…kesejukan makn terasa…100plus suku ja lg…bukak penutup…tadah air ujan dr daun2 pokok…dlm mulut gula2 sebijik…dy mula terasa mlm 2 mmg mlm y paling lma….

        Jam1100…dy tertdo..tp terjaga..ada serannga terbang…”kacau btl…” baju sejuk dh basah kuyup…tuala tutup muka…wlaupn risau bntng buas…tp dt trdto jgk…jam 0200am…dy terjaga..kawsn hutan kelihatan cerah…dy blh nmpk dgn jelas pokok2 n kwsn sekitar…ujan dh bernti….tp sejuk mkin kuat..mnggeletar…mula teringt..mak bapak…kawan2…mula mnyesal..(dh x guna)…jam0500am..cukup 12jam sesat dlm hutan…dy ttdo balik…ZZZzzzzzz….prrraaappp!!!buumm!!! dy terjaga…bunyi spt pokok tumbng…kwsn mmg dh cerah….Jam0700..bangun..buang ap y patut…baju dh kering dibadan…perut terasa pedih…100plus diminum…terasa pelik bila air ujan bercmpur dgn baki 100plus…dy mula bergerk mncr jln klur….bdan dh calar balar kena rnting kayu ngn pokok brduri…kaki dh mula kebas…sbb pki kasut bsah n lama x bukk….jam 1000am..rehat..bkk kasut…mkn gula2..baki sebijik..perah baju y basah…air dh x byk dh…otak ligat brfikir…mata mncri matahari…sana…”ok ak tggu…” jam 1200pm…dy dpt arah matahari bergrk…mknya sana barat n sana timur…(nth btl nth x)..so sana utara..jalan lg…tp still x jumpa jln…dh bpa jam..dy lalu kwsn y sma…Jam0300pm..air dh abis…pum! dibaling botl 100plus…melantun2 botol 2…dy marah btl…”mcm mn lalu jln y sma nih..” tekak dh perit..kering..bkk beg cr gula2…jumpa…mkn..

         plastik gula2 dipndg lma…botol 100plus…dy dpt cr…kutip blik botol 100plus…koyak plstik kt botol…koyak lg kecik2…tangn menggelatr…sakit..lenguh..pedih…suma ad…dy mula bergerak semula…setiap  2m..secebis plstik botol y dikoyak td…Jam0340pm..bila jmpa plstik botol..dy ubh arah jalan….jam 0430pm kaki mula lenguh…rehat jap…dy dh mula letih…xdk ad bekalan…bkk beg…tuala basah…diperah..ad air y klur.. rasa pelik…air ujan smlm cmpur peluh…jam0440 jalan lg…..dy mula kenal laluan hutan 2….senyum…makin laju..jam0500 jumpa air terjun…”yaaaaaahhhhhh…!!!”dy mula lega….air terjun di minum sebyk mungkin…nikmat x terkira….mmg dy kenal air terjun 2…botol dipenuhkan semula…bergerak…jam0530pm…dy berjaya klur….bru terasa letih…lutut mula sakit…dlm otak dy just ingt motor n blik rumah sewa….smpi  tmpt prking motor..terus ditunggang…kepala dh terasa pening…klur dr kwsn air terjun…mknn!..singgh di kdi mkn…semua mata memandg…dgn beg..kasut n selur y kotor…berbau..dy makan semahunya….erkkk…kenyang..bergerk blik..Jam0620 smpi dirumah….dy terus tdo…mmg s2 pngalaman y xprnh org wat….skng dy dh perit tp msih suka mendaki gunung…

         Ni la kisah bdk y cr penykit….so kt cn ak nk bgtw..klu nk kemana2..bgtw sapa2…jgn g sorg2…ps2kn kelngkpn cukup klu nk jaln jaoh…yang paling penting…pikir dulu sblm wat sesuatu…jgn pki ikut hati jer…Allah bg akal…guna btl2…kisah kt ats 2 dy selamat…mcm mn klu x selamat? so apa2 pn jgn cr penykit klu xdk penykit…

Categories: Kembara

Kecederaan Lutut Ketika Bersukan

February 7, 2011 2 comments

          

            Pernah tak anda mengalami kesakitan apabila lutut anda berbunyi ‘pop!’ ketika bersukan?. Ini merupakan salah satu kecederaan lutut yang sering berlaku ketika bersukan aktiviti lasak atau ekstrem, tak kira pemain profesional atau tak. Kebanyakannya adalah golongan muda kerana peningkatan gelangang futsal, dewan badminton dan takraw serta banyak aktiviti lasak yang dianjurkan. Namun golongan tua juga tidak terkecuali.

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.

Ini termasuk ligamen krusiat anterior iaitu depan (ACL), ligamen Krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral media iaitu tengah (MCL), kompeks lateral posterior (PCL) dan menikus lateral dan media yang mana semuanya dikatogerikan sebagai penstabil lutut statik.

Bagi penstabil lutut dinamik pula ia adalah otot-otot yang terdapat disekeliling lutut yang berfungsi sebagai penstabil lutut. Terdapat banyak struktur di dalam lutut yang boleh mengalami kecederaan, namun yang paling kerap adalah pada ACL bagi mereka yang aktif bersukan. Walaupun terdapat ligamen iaitu tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi, tapi kecederaan atau kerosakan ACL perlu dirawat. ACL berfungsi sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan sendi lutut agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.

ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun menukar arah larian ketika berlari.

Kecederaan ACL berlaku sewaktu seseorang melakukan aktiviti sukan lazimnya secara non-contact. Contohnya berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba-tiba. Bagi keadaan putaran lutut ia berlaku akibat putaran berlebihan pada lutut ketika mengelecek dengan agak keras ketika bermain.

Sewaktu Lompatan juga boleh menyebabkan kecederaan ACL iaitu sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang. Ini menengangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau koyak. Namun kemalangan jalan raya juga boleh menyebabkan kecederaan yang sama atau lebih teruk.

Kajian menunjukkan perempuan adalah berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki, dan perbezaan juga pada ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot.

Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL wanita lebih berisiko untuk cedera. Namun teknik-teknik latihan tertentu boleh mengurangkan kecederaan ACL.

Antara tanda-tanda kecedaraan ACL

-Kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop!’ dari lutut berkenaan.

-Seterusnya terasa kesakitan yang amat sangat pada lutut diikuti bengkak dengan mendadak.

-Pada jangka tertentu kesakitan akan berkurang tetapi apabila gunakan semula lutut, seseorang itu akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah hendak tercabut.

-Kelihatan otot dikawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut normal, dianggarkan berlaku seminggu selepas kecederaan.

-Tanda-tanda termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, keaskiatan berkala dan ketidakselesaan pada lutut.

-Pembedahan segera diperlukan apabila lutut terkunci yang mana tidak dapat digerakkan atau diluruskan atau dibengkokkan kerana terasa seolah-olah tersangkut.

Bagi mengelakkan berlakunya kecederaan ACL ini adalah dengan sesi merengangkan otot sebelum bersukan, teknik latihan yang betul, dan sesi cooling down juga amat penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan asid-asid laktik yang terhasil ketika bersukan.

Categories: Info

Cara Menghilangkan Tekanan Ketika Belajar

October 23, 2010 1 comment

Tajuk kali ni panjang sikit….tapi sesuai untuk suma member-member coz final exam dah dekat. Harap dapat membantu. Ok la..bila jadi seorang pelajar ni, mesti tak lari dari tekanan. Tambah esok ada exam. Dah study..tapi masih tak faham atau tak dapat nak masukkan dalam otak. Waktu ni la rasa tekanan tu. Aku pun pelajar jugak dan pernah rasa tekanan belajar ni. Cuba kita tengok punca-punca tekanan ketika belajar:

Persekitaran-Bising, Berbau, Bersepah, Gelap, Suhu terlalu tinggi atau rendah

Masa-Waktu belajar, Jadual exam terlalu padat,Study last minute (salah sendiri)

Kawan-Bising, Terlalu banyak bertanya, Suka mempengaruhi,

Bahan untuk belajar-Nota hilang, nota tak lengkap (salah sendiri), terlalu banyak nota

Masalah peribadi-gaduh ngan awek, duit poket dah kering, tak sihat, masalah keluarga, gaduh ngan member

Ok tu suma adalah antara punca tekanan ketika belajar. Mungkin banyak lagi, dan perkara yang remeh kadang-kadang boleh menyebabkan kita tekanan. Setiap orang mesti ada masalah sendiri yang mana kita tak terpikir pun benda tu bleh jadi masalah pada sesetengah orang. Sekarang jom kita tengok cara menghilangkan tekanan:

1-Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. (bekalkan oksigen kepada otak)

2-Redakan tegangan-sebab dah lama duduk..berdiri, mengeliat, buat regangan lembut.


3-Menjerit-cara yang paling mujarab tapi jangan keterlaluan.

4-Belajar ditempat yang bersih, tenang, selesa dan terang.

5-Keluar lepak dengan member-Ajak member lepak kat kedai mamak. Cara ni memang aku selalu buat. Ye la kan, dah lama mengadap buku.Stop kejap ambil masa untuk rehatkan otak.


6-Selesaikan dulu masalah yang menyemakkan otak kita. klu tak dapat selesaikan sendiri, minta bantuan member atau orang terdekat. Kongsi dan luahkan masalah dengan  mereka.

7-Bersukan-jangan asyik belajar, keluar bersukan, ini membantu meredakan tekanan.

8-Tidur-cara jugak memang selalu aku amalkan. Klu kepala dah semak dengan pelbagai formula dan fakta..tidur dulu. Ini membantu menyusun ingatan dalam otak.


9-Lakukan hobi sendiri-hobi sendiri boleh menenangkan otak. coz hobi adalah perkara yang kita suka buat. Banyak hobi yang boleh dilakukan, melukis, dengar radio, men game(left4dead), bowling, karaoke, dll.


10-Solat dan Baca Al-quran- Cara yang betul-betul mujarab antara suma cara. Jika hendak lakukan sesuatu, kembalilah kepada Allah yang Esa.

Ini adalah antara cara menghilangkan tekanan yang aku boleh senaraikan. mungkib banyak lagi, coz setiap orang ada cara sendiri untuk menghilangkan tekanan contohnya Shopping, tengok wayang, merempit(yang ni tak elok), dan makan mungkin. So, harap ini dapat membantu. Selamat mencuba!!!

Categories: Uncategorized

Insomnia

September 28, 2010 Leave a comment
Gangguan Tidur Waktu Malam-Insomnia

Ramai yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Ini kerana tidur yang ‘sihat’ dan ‘berkualiti’ penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya

Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius.

Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.

Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement – NREM Sleep)

Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:

a. Tahap I – Rasa mengantuk

b. Tahap II – Tidur-tidur ayam

c. Tahap III dan IV – Tidur mati.

Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement – REM)

Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.

Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa.

Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.

Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.

Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

Ada sesetengah yang lain masih dapat ‘berfungsi’ dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja.

Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.

Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri.

Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.

Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya.

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan – Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana – Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik – Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri

* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri

* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala

* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)

* Epilepsi

* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati

* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam

* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu

sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku

* Rest leg syndrome

* Pedih hulu hati

* High altitude insomnia

* Angin ahmar

* Penyakit Alzheimer

* Ketumbuhan otak

* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan – bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran – bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur – jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Categories: Info

Nuzul Al-Quran & Badar Kubro

August 21, 2010 1 comment

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran, bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata Al-Quran mukjizat akhir zaman, atau Al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

“dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)”.. (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘alaq. maksudnya:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. – al-‘alaq : Ayat 1-5

 

BADAR KUBRO

Tanggal 17 Ramadhan juga, Allah S.W.T mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kuffar di pekan Badar, 150 km dari Madinah.

Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah S.A.W, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para pendakwah sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju arah utara ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah S.A.W merancang untuk merampas harta dagangan tersebut.

Namun, rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah S.A.W terpaksa pula menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.

Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang.

Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad S.A.W kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering.

Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah untuk meminta pertolongan. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan mudah 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset.

Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang.

Perang akhirnya meletus dan diakhiri dengan kemenangan dipihak Islam yang serba kekurangan disegi kelengkapan tetapi tinggi disegi keimanan dan keperwiraan.

HIKMAH DAN PENGAJARAN

Pertama : Perang atau Jihad, adalah satu kefardhuan bagi umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Ia adalah suatu yang realiti. Persediaan kearahnya adalah mesti. Tuntutan terhadapnya demi kemenangan Islam adalah pasti.

Kedua : Didalam hidup ini, kadangkala kita menghendaki sesuatu tetapi Allah menghendaki yang lain pula, dengan hikmah yang tertentu yang hanya diketahui olehNya.

Ketiga : Bilangan dan kelengkapan bukan semestinya membawa kepada kemenangan dalam perjuangan. Hakikatnya, keimanan dan pertolongan Allah S.W.T yang menentukan kejayaan.

Categories: Info

Ramadan Al-Mubarak

August 9, 2010 Leave a comment

Ramadan dalam bahasa arab bererti panas atau kering. Biasa digelar “Ramadan Al-Mubarak” iaitu bulan yang suci kerana pada bulan ini dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik seperti matahari membakar tanah.  Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur’an yang bermaksud:

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari . Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.

Itulah serba sedikit maklumat tentang bulan Ramadan atau bulan puasa. Dalam bulan Puasa ini banyak aktiviti yang akan dilakukan oleh umat Islam. Bermula dari terbit fajar hingga terbit fajar seterusnya. Begitulah ia berlarutan hingga selesai Rukun Islam ke-3 ini. Mari kita lihat aktiviti yang masyarakat kita lakukan ada dalam bulan puasa.

BERSAHUR

Sebelum berpuasa, umat Islam disunatkan bersahur. Sahur membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Ia dilakukan sebelum waktu imsak, iaitu sebelum terbit fajar. Sahur adalah makan pagi sebelum berbuka.

BERSEDEKAH

Bersedekah amat dianjurkan Rasulullah. Menurut riwayat al-Baihaqi dari Aisyah radhiallahu ‘anha, “Jika Rasulullah saw. memasuki bulan Ramadhan, beliau membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta”. Selain bersedekah, kita dapat memberi makanan untuk berbuka kepada saudara kita tidak mampu dalam bulan puasa.

BERBUKA

Berbuka adalah aktiviti yang paling dipopular. Ini kerana setelah seharian berpuasa, waktu berbuka yang dinanti-nanti. Semasa berbuka puasa , disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis seperti kurma serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

SOLAT TARAWIH

Dalam bulan ramadan ini, solat tarawih menjadi aktiviti selepas berbuka. Solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama’ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama’ah.

MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR


Dimalam-malam dibulan Ramadan. Banyakkan beramal, antaranya membaca Al-Quran dan berzikir. Pada bulan ini ramai yang berlumba-lumba untuk beramal. “Bila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para setan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Hal ini menunjukkan, pada bulan Ramadan kita lebih mudah untuk beramal.

Bulan Ramadhan merupakan anugerah dari Allah sebagai lambang kasih sayang Allah kepada kita. Jadi marilah beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas.  “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (QS. Al-Baqarah: 183).

Allahu a’lam.

Categories: Info